Khamis, 27 Oktober 2011

Amalan Bid'ah Keagamaan zaman Jahiliah

Berikut adalah beberapa praktik keagamaan zaman Jahiliah yang bid'ah. Golongan ini arab ini tidak jahil dari segi pembangunan ekonomi, tetapi mereka jahil dari segi keagamaan. Keagamaan yang mereka anuti dari nenek moyang mereka.
  1. Al Bahirah - Unta yang dibelah cupingnya, kemudian dibiarkan saja tanpa boleh ditunggangi atau di  perah susunya.
  2. Al Ham / Al Hami - Seekor unta yang telah beranak dan mencapai jumlah tertentu, maka unta tersebut tidak boleh ditunggangi atau digunakan untuk membawa beban.
  3. 
    gambar hiasan
    
  4. Menilik nasib dengan anak panah - Caranya dengan mengambil 3 batang anak panah. Anak panah yang pertama ditulis " aku diperintah tuhanku" anak panah kedua " aku dilarang tuhanku" dan anak panah yang ketiga dibiarkan kosong. Dengan cara inilah mereka ingin tahu nasib mereka atau kabilah mereka.
  5. Tawaf salah - Zaman arab jahiliah ini, mereka tawaf dengan pakaian yang maksiat kepada Allah. Samaada tawaf dalam keadaan telanjang atau hanya menutup kemaluan sahaja.
  6. An Nasi' - Menunda penghormatan bulan Muharam ke bulan safar hanya kerana untuk menghalalkan peperangan

Demikianlah serba sedikit amalan zaman jahiliah. Namun dalam masyarakat kita melayu, masih ada lagi yang mempraktikkan amalan jahiliah yang kita sendiri tidak sedari. Semua amalan ini adalah turun temurun dari nenek moyang kita juga..
Wassalam

* Rujukan - Atlas Pendidikan Islam oleh Sami bin Abdullah al Maghluts

Isnin, 17 Oktober 2011

SOLAT JUMAAT

Pengertian dan Hukum.

Solat dua rakaat yang dilakukan secara berjemaah pada waktu zohor hari jumaat. Dilaksanakan di masjid atau ditempat tertentu dengan didahulukan dengan dua khutbah.
Hukumnya fardhu ain ke atas setiap lelaki muslim dan cukup syarat.

Dalil wajib.





Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru (azan) untuk menunaikan Solat Jumaat, maka hendaklah kamu bersegera( ke masjid ) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat jumaat) dan tinggalkanlah jual beli, yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. ( 62:9)

Syarat Wajib 
  1. Islam
  2. Lelaki
  3. Baligh
  4. Berakal
  5. Bermastautin
  6. Tidak uzur
  7. Merdeka
Syarat Sah
  1. Dilakukan secara berjemaah
  2. Pada waktu Zohor
  3. Jemaah sekurang-kurangnya 40 orang jemaah lelaki
  4. Di tempat yang ditentukan seperti masjid
  5. Di dahulukan dengan 2 khutbah
Kesalahan yang biasa dilakukan.
  1. Datang lewat ke masjid ketika khatib telah membaca khutbah. Ketika ini solat jumaat hanya dilakukan kerana kewajipannya, tetapi pahala jumaat tidak dapat.
  2. Bercakap dan menyuruh orang diam semasa khutbah. Maka lagha jumaatnya.
  3.  Masbuk semasa solat jumaat. Bagi jemaah yang masbuk solat jumaat yang tidak dapat 1 rakaat, maka solatnya perlu dilakukan 4 rakaat. Iaitu solat zohor.
* Pelajaran Ibadah buku teks Agama tahun 5. Pelajaran 12*