
Hukumnya fardhu ain ke atas setiap lelaki muslim dan cukup syarat.
Dalil wajib.
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru (azan) untuk menunaikan Solat Jumaat, maka hendaklah kamu bersegera( ke masjid ) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat jumaat) dan tinggalkanlah jual beli, yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. ( 62:9)
Syarat Wajib
- Islam
- Lelaki
- Baligh
- Berakal
- Bermastautin
- Tidak uzur
- Merdeka
Syarat Sah
- Dilakukan secara berjemaah
- Pada waktu Zohor
- Jemaah sekurang-kurangnya 40 orang jemaah lelaki
- Di tempat yang ditentukan seperti masjid
- Di dahulukan dengan 2 khutbah
Kesalahan yang biasa dilakukan.
- Datang lewat ke masjid ketika khatib telah membaca khutbah. Ketika ini solat jumaat hanya dilakukan kerana kewajipannya, tetapi pahala jumaat tidak dapat.
- Bercakap dan menyuruh orang diam semasa khutbah. Maka lagha jumaatnya.
- Masbuk semasa solat jumaat. Bagi jemaah yang masbuk solat jumaat yang tidak dapat 1 rakaat, maka solatnya perlu dilakukan 4 rakaat. Iaitu solat zohor.
* Pelajaran Ibadah buku teks Agama tahun 5. Pelajaran 12*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan